I attended a staff funeral this morning. I'd hope to see her but we did not make it on time. We were few minutes late thanks to Malaysian's "perfect" road signage.
We went to her house and saw her baby. She gave birth about a month ago...
I've been seeing and hearing too many familiar death lately... Makes me shivers thinking when will it be my turn... Am I afraid....yes I am...
May Allah s.w.t bless Suzana Mohd Ehsan with His eternal grace and forgiveness...
All I have is a kind heart-so they say, a good soul-God bless me..and my super big of everything-Honest!!....Anything else is Bonus... ouh and my dad has alzheimer. i see him forgetting every pieces of his life daily..it's really sad. so this is written for that time when or if I've lost it...please remind me, that I have lead a fruitful and joyous life..
Showing posts with label Death. Show all posts

Friday, November 19, 2010
Thursday, November 11, 2010
RIP Surfer Boy...
Death can come when it's least expected... It happens every second in every part of the world yet it still comes to us as a surprise...
A friend died last night. An ex-college mate. We're not close but we still go way back when...
May Allah s.w.t bless Rithuan Fitri Abdul Karim with the highest Jannah and that we will become his neighbours... Ameen....
Updated - 12/11/2010
On another sad note - the old skool lead singer of the group Fotograf passed away while playing a friendly match football at Kg. Bharu yesterday evening. Apart from Search and Wings, they are one of my favourite band as well.... those were the days...
Innalillah....

Wednesday, July 21, 2010
There's something about Darling
There's something about Darling
It's so nice to hear good things about her. If only my death will be remembered as such.
Dalam kenangan: Dalilah Tamrin (1967-2010)
Oleh - Elviza Michele Kamal
Langit petang di Tanah Perkuburan Kampung Labuhan Dagang menangis lewat Isnin lepas. Langit di hati saya juga masih kelabu dengan airmata. Jadi, saya memohon kelonggaran dari pembaca budiman agar ruangan Kanvas Kata minggu ini dikhususkan sebagai obituari sahabat saya, Dalilah Tamrin.
Dunia penulis laman web telah bertanggungjawab menemukan kami dalam lingkungan keakraban manusia. Persahabatan kami tidak tua usianya, baru empat tahun sejak pertama kali bertemu mata. Tetapi empat tahun itu getir. Apa yang saya belajar dari Dalilah, boleh diibaratkan seluas laut, setinggi gunung dan setala langit lepas. Tuhan pertama kali menduga Dalilah ketika beliau berusia 37 tahun, di mana Dalilah telah didiagnosiskan mengidap kanser payudara. Bahagian payudara yang tercemar dengan kuman jahat itu segera dibedah dan dibuang jauh-jauh. Selesai pembedahan payudara, enam kitaran chemoteraphy dan 24 sesi radiotherapy, Dalilah menarik nafas lega. Tetapi rasa lega Dalilah cuma bertahan tiga tahun sehaja. Tahun 2008, sekali lagi Tuhan menduga Dalilah. Kanser metastasis telah disahkan merebak ke bahagian hati, tulang rusuk, tulang selangkang dan rahang beliau. Penularan kanser di bahagian hati itu juga telah menempatkan Dalilah sebagai pesakit kanser kronik, tahap keempat. Sekali lagi tubuh badan Dalilah menderita didera rawatan chemotherapy, yang bukan sahaja membunuh sel-sel kanser, tetapi juga setiap zarah sel-sel lain di badan. Tidak tertanggung mata melihat penderitaan Dalilah. Namun, berbekalkan dorongan suami dan anak-anak, Dalilah selesaikan juga enam kitaran DOCE chemotherapy dan lima sesi radiotheraphy. Tidak juga mati kanser jahanam itu! Pada bulan Julai 2009, para doktor dan pakar onkologi bijaksana telah memberi jangkaan bahawa Dalilah hanya ada 18 bulan untuk hidup. Ketika baru mengetahui diagnosis yang menjengkelkan itu saya meradang, saya bertanya kepada Dalilah: Why do doctors love to play God? Dalilah tergelak besar dan berkata: If would worse it you let lawyers play God! Ah, Dalilah�
Ketika arwah masih ada, saya sering mengusik beliau, saya bilang: “Awak ini selebriti penyakit kanser!” Apa tidaknya? Sekiranya dijemput untuk ditemubual di stesen televisyen atau berucap di hadapan pesakit-pesakit kanser yang lain, mutiara kata dan teks ucapan akan Dalilah susun dan rancang serapi mungkin. Elemen-elemen emosi diabaikan untuk memberi laluan kepada semangat dan harapan kepada pesakit kanser yang lain. Setiap kali Dalilah muncul di kaca televisyen, ibu saya adalah antara penonton merangkap peminat setia beliau.
Dalilah bukan seperti pesakit kronik yang pernah saya temui. Tiada kanser di dunia yang mampu memadamkan semangat perempuan kuat ini. Walaupun mengidap kanser tahap keempat, Dalilah tetap berkeras untuk menjalankan tugas sebagai isteri, ibu, penulis laman web dan buku, pejuang penyakit kanser, aktivis kemasyarakatan dan macam-macam lagi. Bukan sedikit jasa dan peninggalan arwah untuk dunia yang fana ini.
Sebelum Dalilah pergi, dia telah menghuraikan perjalanan beliau menentang kanser dalam sebuah buku, Kanser Payudaraku, yang telah diterbitkan oleh Tinta Publisher pada tahun 2009. Beberapa bulan sebelum sakaratul maut datang menjemput, Dalilah sempat mengabadikan pesanan terakhir beliau dalam lagu KembaliKu PadaMu Ilahi.
Saya teringat kata-kata Dalilah ketika saya menangis melihat dia terlantar di katil hospital lewat setahun lepas: “Jangan menangis, Mish. Hidup ini sementara sahaja. Aku tunggu kau di sana ya? Kalau aku mati, kau boleh tulis pasal aku. Kau menulis sangat cantik, macam bidadari!” Sehingga sekarang, masih ada batu besar yang terlekat di kerongkong saya.
Rakan Dalilah, Datin Paduka Marina Mahathir, pernah menyuarakan pendapat bahawa setiap kali selepas menziarahi Dalilah, semua orang akan pulang dengan hati riang. Aneh bukan? Lazimnya jika menziarah orang sakit, kita akan rasa sedih, terharu. Tetapi Dalilah yang saya kenal, memang pantang melihat walau sezarah kesedihan. Senyuman Dalillah lebar lagi murah. Ketawa dan jenaka jadi sulaman walaupun sedang perit berperang dengan chemotherapy.
Semenjak Dalilah sakit, tidak sekali saya mendengar dia mengeluh. Genap seminggu selepas Dalilah melakukan tawaf wida’ di Tanah Haram, roh Dalilah diangkat pulang ke Rahmatullah, pada tanggal 19 Julai 2010. Sekiranya hari ini Dalilah masih hidup, beliau akan menyambut hari jadinya yang ke-43, tetapi Tuhan lebih mengasihi Dalilah. Saya mohon maaf sekiranya garapan ini tidak secantik bidadari, sahabat, tetapi saya sudah mencuba sedaya kudrat.
Benar Dalilah sudah pergi, tetapi obor semangat beliau akan terus menyala dalam setiap hati yang pernah beliau sentuhi. Harimau mati meninggalkan belang, Dalilah mati meninggalkan semangat. Semoga roh Dalilah Tamrin ditempatkan di kalangan para solihin. Tunggu saya di sana, Dalilah. Suatu hari saya juga akan pulang.
� Elviza Michele Kamal merasakan titipan minggu ini hambar sekali, langsung tidak secantik bidadari.

Monday, July 19, 2010
Dalilah Tamrin aka Kak Darling - RIP
The world lost a courageous woman today. She battled till the end before the cancer took it all away. She was one gutsy lady. I cannot imagine myself in her shoes.... nauzubillahminzallik...
Rest in peace kak darling for your are now in a better place with your Creator. May HE grant you the highest Jannah and that we will become your neighbour one day....Insya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)